Sinopsis Coffee Friends

Dalam rancangan ini menunjukkan 4 bintang yang menguruskan sebuah cafe di ladang tangerine di pulau jeju yang menjual makan dan minuman kepada orang ramai. Rancangan ini diinspirasikan oleh projek derma oleh dua orang rakan. Yoo Yeon-seok dan Son Ho-jun yang dijalankan pada 2018. Semasa projek derma,kedua-dua rakan itu memberikan cawan kopi percuma sebagai pertukaran untuk sumbangan dalam jumlah yang banyak.

Di kafe ini, menu kafe tidak menyenaraikan harga untuk setiap item, tetapi sebaliknya membolehkan pelanggan menderma berapa banyak yang mereka inginkan untuk makanan dan minuman mereka. Jumlah keuntungan yang mereka perolehi, iaitu 12,093,977 won semuanya disumbangkan kepada kanak-kanak kurang upaya pada akhir pertunjukan.